Thursday, 28 July 2016

Little heart

Assalamualaikum..
Aku buat post ni.. sebab dah lama aku pendam.. sejak zaman budak lagi.. makin lama aku membesar.. benda ni tak pernah berubah.. niat aku disini tidak lah untuk memburukkan mana2 pihak mahupun membuka aib.. tapi aku cuma nak tegur sikit.. aku tak berkata aku ni insan yg baik dan mulia.. kita sama2 tegur sesama kita.. ada masa nanti aku buat silap.. aku pulak terima teguran orang..

Aku nak bercakap tentang perempuan.. ye.. perempuan..

Aku hormat dan salute bila aku nampak perempuan solat. Especially orang yg suka solat awal waktu. You've earn my respect. Tapi satu benda aku terkilan.. sifat sesetengah mereka semasa solat.

Sejak kecik.. aku memang selalu travel pergi sana pergi sini. Singgah mana2 surau atau masjid bila masuk waktu and everywhere i go, aku akan jumpa sejenis manusia ni. Bab wudhu.. tak pernah menghampakan.. tapi bila start solat.. itu menghampakan. Some of this people aku rasa macam.. "ermm.. kenapa laa kau macam ni.." then aku terus rasa bersalah.. tak baiknya fikir macam tu.

1. Solat kat rak telekung
Ye betul.. senang kita nak ambil-sidai telekung bila kita kat sebelah rak.. but have you ever considered how everyone else yg nak ambil telekung? Macam mana kadang sampai terpusing2 badan kena menyelit sebab takut terlanggar awak yg tengah solat tu. Awak bukannya kat rumah awak.. bukan dalam bilik awak. Nak tegur rasa tak sopan. Tapi.. susah kami nak ambil-sidai telekung dengan sejadah. Dah berhimpit.. nak kena aku yg gemuk ni duk terlanggar2 rak dengan ampai tu. So.. jomlah.. bila nak solat.. berikan sedikit ruang untuk memudahkan orang lain. Dapat ketengah sikit pun takpe..

2. Bacaan solat macam tengah jadi imam
Sesetengah orang ni bila kita duk kat sebelah dia.. psshhhyyyttt... phsshhuuuiiiish.. pusshhhsuiuu.. ya allah jahatnya aku tapi awak tahu tak benda tu buat hati saya rasa tak tenang. Betul.. kalau boleh, solat kena dengar apa yg kita baca.. tapi agak2. Kita kat sebelah ni rasa terganggu sebenarnya. Lembutkan sikit lidah.. kadang aku yg stress.

3. Solat macam sejadah ada 1000 helai
ni.. paling aku nyampah. Selalu jumpa mak bawak anak2 kecil.. ajak mereka solat sekali.. tak salah kak oii.. tapi sejadah tu kongsi lerr.. dah anak 3 pastu sorang satu sejadah masuk akak dah 4. Ni bukan masjid yg ada carpet. Kalau lambat sangat nak tunggu, aku guna tudung je buat alas.. agak2 kak oi.. boleh kongsi sejadah tu.. bentang.. anak2 awak badan kecik2 lagi.. tu baru mak orang. Yg bukan mak orang pun boleh tahan especially masa peak hour macam maghrib.. selalunya surau2 kat rnr atau plaza2 tol ni penuh.. awak dah nampak ramai orang.. share lah sejadah tu. Memang nampak orang tak mintak.. tapi bila kita bentang je melintang, ada je orang akan datang sebelah kita. Ini tidak. Dipakainya sorang. Kena kat aku yg malas nak tunggu, memang aku sauk je tudung buat alas. Dah kena kat orang yg memang rasa tak boleh kena tempat keras ni, memang dia tunggu. Dah beratur tunggu turn.

4. Solat tengah dunia.
Kalau di masjid, it's okay. Tapi kat tempat yg kecik2 tu.. Allahu.. aku tak maksud kena solat berhimpit tepi dinding. Tapi maksud aku, kalau orang dah beratur buat saf sebaris, awak solat ler sebelah orang tu. Ini idok.. dah jauh, pastu orang nak nyelit antara awak dengan orang tu pun tak boleh. Stress tau itew.

5. Tak reti letak balik sejadah dan telekung
Dengar bunyi kelakar kan.. tapi benda ni realiti. Everywhere i go.. aku akan jumpa. Tak yah jauh.. kat stesen minyak tempat aku kerja tu pun dah jumpa. awak guna sejadah-telekung tu, lepas guna, letak ler balik elok2. Ini tak.. kalau ampai tu ada 5 baris, dia longgok je atas ampai tu. Campur sejadah dengan telekung. Sejadah tu kan tempat kita buat alas.. kadang ada tinggal je kat tempat dia solat tu, gulung ngan sejadah pastu tinggal. Kat rumah awak buat macam tu ke. Tak sangka.. serabai dan selekeh awak2 ni. Letak lah elok2.. kemas2.. memang lah orang lain akan guna lepas awak guna.. tapi tunjukkan imej islam awak tu.. ada jugak yg telekung elok rapi dia susun tapi sejadah biar terbentang. Babe, guna akal lah. Sidai je lah. Ntah nanti ada cicak ke apa ke taik dia terjatuh. Kita bukan tahu.

6. Guna sejadah buat alas baby
Yg ni melampau. Awak tahu awak ada anak kecik, letak lah high expectation. Setahu aku lah.. ibu2 ni memang dah ready barang baby. Yg aku tak tahan, dia boleh guna sejadah buat alas tukar pampers baby dia. Ye.. bukan najis kalau mummayiz. Tapi kalau dah gedabak anak kau umur dah 1-2 tahun tu tak kira najis? Especially kalau diorang berak. Tu kan najis. Ada lah satu hari tu kat stesen, aku tak sedar pun. Akak ni g basuh berak anak dia beralaskan sejadah. Ada customer perasan. Customer tu yg sound dia. Kuikuikui. Dia cakap, "takde otak. Kan orang buat solat." Dengan aku sekali dengar dia bebel. Nak nak tu terkena pulak taik anak dia sikit. Dia just basuh sikit guna air. Pastu tinggal atas tembok amik wudhu. Ilek je customer tu sound akak tu. Dengan aku terdiam.

7. Allah no 1, telefon no 2
Sesetengah orang ni.. dah tau ada call, pergi lah duk angkat call kat luar. Dalam surau-masjid tu hold dulu lah.. kan dalam tu senyap.. orang cuba untuk khusyuk.. kalau awak angkat call, dengar satu tempat solat tu tau. Ish ish..

Sekian.. mohon ampun dan maaf jika terasa..

Friday, 8 July 2016

Bulan?

Assalamualaikum..
I've lot of thought lately. Tapi tak tau nak luahkan kat siapa. Aku cakap dengan Allah.. everyday.. dan aku rasa aku kena meluahkan. Aku nak cerita kat gegerl aku rasa macam.. no need la kot. Mengarut. Then aku nak cerita kat kakak aku.. macam tak best pulak. Then aku pilih medium ni.

Cuma aku yg baca.. cuma aku yg tahu. I've met someone recently and i think i fell for him. The first ever masa aku jumpa.. he's a nice guy. Cara dia cakap.. cara dia hormat.. he's smart too. Dia sangat baik. Then hari2 aku makin suka.. makin sayang. Dari apa yg aku nampak.. dia tak pernah tinggal solat. Dia sangat punctual. Funny sometimes.. badan dia fit. He's not a body builder tapi dia jaga badan dia. Dia akan cari topik untuk berbual.. anything.

Jujur.. sepanjang hidup aku.. aku tak pernah tentang mata orang masa bercakap. Either my parents or my gegerl. Not even once. Aku selalu nengok hidung je. Aku tak tahu kenapa aku tak pernah berani nak nengok mata orang. Aku rasa insecure. Aku jadi takut. Kadang aku nengok mulut. Tapi dengan dia first time dalam hidup aku.. aku pandang mata orang masa bercakap. Remembering that moment he's standing in front of me while i was talking.. then aku pandang atas terus ke mata, he looked at me. That was the first time i've made an eye contact with anyone else.

Dia suruh aku kurus. Aku tahu dia tak maksudkan apa2. Just nak aku jaga kesihatan. Then aku cerita dulu aku kurus. Aku aktif join sukan2. Aku tunjuk gambar aku. Dia cakap, nanti lepas raya joging. Kuruskan balik badan. Yes, i will. Aku akan work out balik.

Dia cerita pasal family dia.. pasal life dia.. not everything but interesting. Aku suka dengar. Aku masak, dia makan. Dalam masa aku bercerita pulak, dia dengar. He's a good listenener.

Dan semua ni.. dia tak tahu. Aku pendam. Aku tak akan luahkan. Aku tak akan bagitahu perasaan ni. Tapi dia still ada dalam doa aku.

Kadang dia buat aku rasa malu. Aku mintak pada Allah supaya dia boleh jadi imam aku then aku terfikir.. layak ke aku mintak. Aku ni solat selalu lambat. Kadang memang betul2 last minute. Solat2 sunat tak payah kata. Yg wajib pun tunggang langgang. Quran.. seminggu sekali je sentuh sebab kebetulan ada guru datang rumah tiap minggu ajar tajwid. Kalau tak, setahun sekali mungkin. Tapi dia.. jaga solat. Jaga kebersihan. Jaga tutur.

Hati aku dah rasa lain bila pandang dia. Tapi dia? Aku tak tahu. Mungkin dia tak ada rasa apa2. Mungkin aku hanya kawan biasa bagi dia. Tapi aku selesa dengan dia. Senang. Bila mintak tolong, dia akan tolong. Baik.. tapi aku terfikir.. mungkin dia memang dilahirkan dan dididik untuk menjadi gentleman. Dia layan kita biasa je tapi kita yg terjatuh hati. Kita yg perasan.

Tu je. Aku nak cakap. Aku nak luahkan tu je.. jujur.. bila aku dengan dia aku bahagia.. aku tahu aku sorang rasa macam tu.. tapi aku tahan. Relax buat macam biasa.. buat cool je..

Friday, 15 May 2015

Kenapa Teh Hijau tak Beku


ASSALAMUALAIKUM


aku tetiba eksaited sangat nak tulis blog kali ni. alkisahnya.. bapak aku tersalah beli teh masa mak aku suruh dia belanja barang dapur. bapak aku beli teh hijau boh.. jadi orang kat rumah ni bukan lah nak layan sangat teh hijau ni. so takde orang usik.

pastu aku ni, dari dulu banyak kali dengar bahawa teh hijau ni banyak kebaikan terutama untuk orang yang nak kurus. tapi aku tak pernah amalkan sebab terasa2 teh hijau yg dalam botol pahit2 manis macam tu. rasa dia... eyeewwwwwwwwwwwww..

pastu semlam pagi aku macam confident nak amik. konon berangan nak start balik diet. so aku buat sekali 2.5 liter dalam bekas tupperware air yg besar. disebabkn aku ni suka minum benda sejuk, jadi aku amik lah letak sikit dalam botol untuk diletakkan kat freezer.. sekali boleh terlupa pulak sampai ke petang.. bila aku keluarkan waktu petang, aku dah terbayang2 air teh hijau tu jadi ais dalam botol.. rupanya tidak. dia masih dalam liquid form. rupanya rasa sedap kalau kita buat sendiri dari beli yang dah siap dalam botol. rasanya macam tea mix herbalife.

pelik. aku tanya semua orang kat rumah, ada orang keluarkan patu masukkan balik ke sebab air dalam botol tu penuh lagi. semua orang cakap takde. then aku buat lagi benda yg sama malam tadi. buat teh hijau dalam botol, letak dalam freezer. biarkan satu malam. and.. tadi pagi aku bukak, its still the same. not even a single ice flake, macam selalunya kalau kita baru2 nak bekukan air atas permukaan air tu ada thin ice flake something like that. so, aku terus minum, and.. wallllllah. the cold is the best.

pastu aku google sebab rasa tak puas hati. ada kaitan dengan partikel dalam teh tu ke cemana. then aku gatal google dalam bahasa melayu, KENAPA TEH HIJAU TAK BEKU, TEH HIJAU TAK BEKU, etc.. and know what? not even single article related tu this thing. so aku google lagi in english and found it. wanna know the answer?


its because.. for some type of liquid, when there's pressure, the freezing point will change. so, the water will stay in liquid form until the pressure is remove . jenis liquid lain yg macam ni is beer. tapi kalau nak bekukan dia.. ada cara.. ehem..


tapi.. kena letak dulu kat freezer 5-6 jam.. baru boleh buat macam tu. benda ni sama jugak boleh apply kat green tea, eg



nampak? ini semua fizik. tu laaaa.. dulu tak nak belajar. sekarang baru sibuk nak cari. tapi masa aku keluarkan tadi, pastu bukak botol, dia tak beku pulak. terus minum. and one more thing.. yg aku still wonder. this morning, aku letak air green tea ni dalam cawan.. maksudnya bukan bekas yang tak bertutup.. surfacenya besar.. then sampai sekarang.. its still didnt froze, bak kata aku, not even a single ice flake even kat surface tu pun tak beku. yang tu apply hukum yang mana pulak tu..


Monday, 23 March 2015

Sex to become electronic in 2030
22.11.2011
British futurologist Ian Pearson believes that people will not need to have sex already in 2030. To experience orgasm and other pleasant sensations that occur during sex people would only have to apply microchips on their skin. The chips will record the signals from the central nervous system received during sex and then simply play them again any moment, when needed.
The scientist is certain that such sensors will become available for all in the near future. The sensors will be sophisticated enough to detect and map the collection of stimuli that create certain sensory experiences - be it someone shaking your hand, hugging you, or having sex with you. Afterwards, the sensors will stimulate your nervous system to create illusions of warmth, pressure and movement.
If someone wants to experience all pleasures of sex, but has no partner for it at this particular moment, they will be able to go to a special parlor to experience the electronic version of sex.
Moreover, Pearson believes that it will be possible to implant such sensors into the brain. As a result, any person will be able to have an orgasm without sex. One would only need to press the right button on the computer. The computer will wirelessly send signals to the sensor to stimulate the groups of neurons responsible for orgasm.
The British researcher is certain that the sensors will give people an opportunity to feel and understand partners better in real life situations. He is certain that anyone who has such chips will be able to experience both their own and their partners' sensations.
As soon as the technology becomes real, it will become a commercially successful project. The technology will find demand among the companies that sell sex on the phone and on the Internet. Moreover, it will be possible to sell sex feelings of celebrities.
According to Pearson, such a forecast is not jut a fantasy. It can be technologically possible already. He refers to a recent experiment conducted by the scientists from Berkeley, California. The scientists captured the visual activity of the human brain and reconstructed it as video clips with the help of the MRI machine.
"This is a major leap toward reconstructing internal imagery. We are opening a window into the movies in our minds," Jack Gallant, a neuroscientist at UC California said.
The researchers randomly picked 18 million seconds of YouTube videos. They also modeled the picture that the MRI machine was supposed to show for this or that video. Surprisingly, the results of modeling and scanning were nearly identical.
We may find it difficult to explain whether mankind needs artificial sex if every adult person may have real sex to receive real sensations. It is quite possible, though, that humanity will have to control both the birth rate and the sexual activity of the society. In this case artificial sex will come in handy, of course.
Anton Yevseev
Pravda.Ru

Monday, 30 June 2014

Janat Honest Review

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

bila baca tajuk, mesti fikir "ek eleh budak ni, kerek nak tiru maria elena." but, nope. this is totally my honest review. nak review pasal apa? pasal produk. tapi bukan produk kesihatan, herbalife, collagen, etc. but this is about, your CROWN.

SHAMPOO.

nak lah diceritakan.. aku ada masalah sejak umur 11 tahun. masalah fungus kat kepala. dia kelumumur lah.. aku dapat natang ni dari nenek aku. nenek kan.. anak ada 8, tu tiap2 bulan merantau duduk rumah anak2. sampai satu turn rumah bapak aku.. jadi bila dia duduk rumah aku ni, mula lah peel high taste dia..(elak aku kena sambar petir je duk ngumpat dia). dia nak bilik yang ada air-cond. repeat, bilik yang ada air-cond.

nak dijadikan cerita, bilik yang ada air-cond kat rumah lama tu, cuma ada dua. bilik bapak aku dengan bilik aku. aku tak kisah.. nak tukar bilik pun takpe. tapi dia tak nak. dia cakap biar dia kongsi dengan aku.. okay baiklah. berkongsilah bilik tanpa mengetahui, sejak saat tu, hidup aku akan berubah.

masa tu aku tak perasan lagi.. dalam masa 2-3 minggu, kepala aku dah start gatal. tergaruk-garuk. bila garu, ada flake jatuh. macam salji gitu. eiii. geli pulak. aku cakap dengan mak aku. mak aku cakap kepala aku dah penuh dengan klumumur and i was like.. "the hell ma, sebelum ni hidup tak pernah kena pun." dan pada saat tu.. kitorang satu family perasan kepala nenek aku tu penuh dengan kelumumur.

lebih kurang macam ni. nak muntah pulak aku nengok.

pada saat itulah.. aku berhijrah. berhijrah ke bilik lain. asalkan tak berkongsi dengan nenek aku. nangis weh tahan gatal dia. lagi time tu aku budak. still aktif lah lagi dengan sukan. pastu bertudung. fuhh fuhh. kadang sampai melecet sebab garu. kalau mandi mesti pedih. sampai satu tahap, bapak aku macam tak tahan nengok aku. dibawanya aku ke klinik. doktor cakap flake tu macam dah tebal. pastu dia bagi shampoo. dalam botol kecik je. rm20 T____T mahal weh. tapi sebaik insuran ada. so, pulun terus 3 botol. nama dia selsun. busuk dia tak payah cakaplah. warna dia macam ubat batuk.

first try, berjaya.sangat berkesan. then bila habiskan sebotol, terus rasa kepala ni ringan gila. pastu duk rekomen kat nenek aku.. suruh dia pakai. yang ajaibnya, dia pakai takde effect. berbotol-botol dia pakai pun tetap macam tu. sejak tu aku tak kongsi apa2 dengan nenek aku. pastu aku tak ingat macam mana, aku kena duduk sebilik dengan dia for a week tak silap sebab ada sedara aku datang rumah, so dia guna bilik aku yg aku duduk. then.. tadaaaaaaa.. the killing flake datang balik kat kepala aku.

seksa dia tak payah cakap sebab perebakan dia macam bau kentut. sangat cepat. bapak aku macam takde pilihan lain dan aku redha masa tu, dibotakkan lah kepala aku. i repeat. dibotakkan. imagine.. sorang budak kecik perempuan umur 11 tahun dengan kepala botak.. masa botak tu, semua orang terkejut sebab dah tak nampak langsung kulit kepala kat kepala aku. apa yang meliputi kulit kepala ialah flake tebal putih yang besar sampai ke belakang telinga. mesti rasa geli kan bila baca. habis kau ingat, aku yang kena tak geli?

masa tu lah, natang selsun tu beli dekat 10 botol. tapi macam tak jalan. dia just kurangkan je. dia macam tak kurangkan macam masa first time aku guna dolu-dolu. bila dah kurang, dah start nampak okay, pastu still guna selsun tu, macam tak nak hilang, dekat 3 bulan jugak guna selsun tu, dia tak hilang, tapi mengawal bagi tak makin teruk. so aku mengambil keputusan, untuk tukar shampoo.


tada.. sunsilk anti-dandruff. rating dia.. 4/5 aku boleh bagi.. sebab aku tak tahan dengan busuk selsun tu. selain bau sunsilk ni wangi. dia jugak berfungsi macam selsun. mengawal tetapi tidak menghilangkan. for a years.. dari 2006 sampai lah 2008 aku guna sunsilk ni. bau dia aku suka. universal. semua shampoo sunsilk bau benda yg sama. harga dia masih boleh diterima akal lagi. then aku tukar.


natang ni. boleh dikategorikan mahal lah bagi aku. baru berapa ml, dah berbelas-belas ringgit. padahal, takde function pun. lol. bau je lah wangi. pastu dia buat rambut kau kering dan klumumur kau makin banyak. tak tipu. tak sampai setengah botol, aku buang. sebab aku tak tahan. bukan je tak hilangkan kelumumur, tapi langsung tak mengawal. 

aku pun balik semula ke sunsilk. dear my lovely sunsilk.. aku try lagi. try sampai boleh jumpa shampoo yang betul-betul boleh hilangkan masalah aku ni.. pastu aku berdetik nak try benda nih.


result dia sama macam yang lain. mengawal, bukan menghilangkan. yang bestnya, dia bagi sensation sejuk  bila kau pakai sebab dia menthol kan. then sekali je lah aku guna. aku try lagi yang lain.


tadaaaa. benda ni pulak aku try. sama je effect dia macam head and shoulders. sedih tau. macam jodoh aku dengan kelumumur ni kuat. so aku pun berbalik semula dengan sunsilk biru tu. still going on.. and then, i've tried this.. 


it's like.. kau siram clorox kat kepala kau. kulit kepala rosak pastu rambut kau pun rosak. sampai masa tahun 2011, mak aku offer pakai shampoo dia. dia cakap bagus tapi aku tak percaya. muehe.


nah. benda ni yang mak aku offer. tapi makin worst aku guna. rambut jadi rosak. pastu berminyak. kelumumur tak payah cakap lah.. dah buat penempatan apartmen kat kepala ni. aku terus tukar balik guna sunsilk biru. baru rasa lega. and still stick with it sampai 2014.

awal tahun 2014, akak sedara aku rekomen shampoo dia jual.


pulun.. brand hai o tak silap aku. fisrt guna, best. tu aku boleh cakap. bau best. pastu masa tu aku macam busy sikit. so basuh kepala tak hari-hari macam sebelum ni, cuma 2-3 hari sekali. even tak basuh sampai 3 hari, kepala aku tak rasa gatal pun. dia pun tak keringkan rambut. tapi harga dia.. boleh tahan mahal lah. akak sedara aku bagi sekali dengan sabun. dia suruh aku sental kat jerawat ni. madah. tak jalan. haha. shampoo ni okay.. pun sama dia tak hilangkan. try 2 botol je.. pastu aku terus beli yg lain.


tada.. lepas ramai yang syorkan, aku pun try.. kebetulan ada aeon baru bukak kat kulai ni, so offer diorang boleh tahan lah. sebotol kecik dah +- rm30. tapi apa kau tahu? SAMA JE MACAM YANG LAIN. tak tipu. sepanjang aku g umrah, aku bawak benda ni. maybe keadaan kat sana panas sepanjang masa, tu aku takut aku berpeluh pastu gatal. benda ni lah yang membantu. still, tak menghilangkan tapi mengawal. balik umrah, aku memang tak tahan. aku pergi saloon, buat treatment. RM180 melayang macam tu je sebab dandruff T_____T pastu orang saloon tu syorkan guna shampoo dia. aku tak ingat brand apa. harga dia lebih kurang loreal tapi bukan loreal. aku try google tapi tak dapat. aku sure, aku nak potong pendek rambut masa tu sebab aku rasa serabut. rambut panjang sampai pinggang pastu banyak kelumumur. pun sama je shampoo tu. aku pergi klinik, mintak selsun. lebih 10 botol rasanya aku amik kali ni. tapi selsun ni macam dah upgrade sikit. bau dia dah okay. tak busuk macam dulu.

pastu dalam bulan lepas, aku duk berjalan ngan mamin g tesco. nak cari barang. sampai tempat body care, aku terasa nak try shampoo lain.


tada.. aku beli sebab teringat kawan aku cakap bagus dan kebetulan masa tu tesco letak harga natang ni murah rm8 dari harga biasa. aku pun beli. first apply.. it's like a miracle.

first time ever in my life, shampoo berfungsi mengikut apa yang dia cerita kat belakang botol shampoo. letak dalam bentuk coin kecik je kat tangan, pastu apply. tak macam shampoo lain, kena letak banyak baru rasa ada shampoo atas kepala. pastu masa bilas, rasa lembut sangat rambut ni. dan paling tragik, rambut kerinting ni dah lurus T_____T

takut lah jugak. sayang weh rambut kerinting ni. selalunya kan kalau basah still boleh nampak dia punya curl. ni tak. lurus terus. lepas sikat, kering baru curl dia ada balik. kau ingat tak takut ke? seronok sangat sebab lepas tu, bila bangun pagi tak payah bersihkan bantal dengan katil sebab ada dandruff flake. memang dah tak ada langsung kat katil ngan bantal. bila aku enngok2 balik kat cermin kepala ni, ada lah sikit. sikit2 je lah. tak seteruk sebelum aku guna. 

tapi ni just pandangan firasat aku. aku tak tahu apa yang korang ada masalah kelumumur ni rasa bila pakai dove. tapi aku memang suggest yang ni. worth harga dia mahal. sangat worth. and this is.. Janat Honest review.

ohh yea.. Happy Fasting :)


Thursday, 8 May 2014

Dunia

Makin aku tak mengerti. Apa itu dunia. mungkin itu sebab Tuhan wujudkan akhirat. Meminta manusia imbangkan keduanya.

Semakin kau tahu, semakin kau tidak faham. Erti faham itu sudah tiada. Manusia berlumba mengejar dunia. Aku pelik. Kenapa sifat muka-muka itu wujud. Mengapa permainan dunia ini kejam. Lelah memikirkan. Bila semua ini akan berakhir. Semakin aku tidak mengerti.

Generasi akan datang bagaimana? sedangkan anak-anak juga berbunuhan kerana sifat dengki dan tidak kepuasan hati. Walau iblis juga mendengki adam dan hawa di syurga kerana ketidakpuasan hati Tuhan mencipta manusia. Permulaan ciptaan manusia sudah wujud apa itu dengki.

Saturday, 11 May 2013

kena culik?

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

huyyyyooooooooooooooo!! lama seh tak update. muehehe. aku ni saje je duk nak menaip pasal ntah pape. padahal in just 8 days aku ada exam sem 2 untuk stpm. haaaaa. nampak tak bingainya kat situ? nampak tak?
luls. kena culik? aku yang menjadi penculik senanya. culik apa? culik kucing kawan aku. nama kucing tu Mimi. 

yelahh. aku ni jenis keturunan yang tak boleh ada kucing kat rumah. bapak aku tak suka kucing. guinea pig yang aku bela tu pun dia bagi sebab natang tu dalam sangkar. tu pun sebab aku mintak dia ganti lepas dia tak bagi aku bela kucing, then dia buang kucing tu. pejam celik pejam celik dah dekat 3 tahun omot tu hidup nan aku. bakal laki siap mintak lagi. siap nak mintak nak jaga satu hari. haaaaaa memang aku tak bagi lah. muehehe.

omot the guinea pig

kita sambung cerita pasal penculikan tu yang berlaku.

tarikh: 10 Mei 2013
masa: 12.30 tengahari - 1.00 tengahari
lokasi: teratak Encik Ahmad Her(bapak kawan aku)
misi penculikan: menculik Mimi

kawan aku tu siap siapkan tempat pasir si mimi lagi. masa aku drive lepas amik natang tu, dia tak leh duk diam langsung -.-
haih. melompat ke depan ke belakang. panjat headrest, lompat riba aku, jalan kat dashboard, duduk kat gear. dah lah aku ni duk memulas2 kerata manual. tak ada power steering. dengan clutch pendek. apak ahh. macam ribut lah jugak dalam kereta tu. padahal rumah aku dengan rumah kawan aku tu tak lah jauh mana pun. tak sampai 1 km. tapi aku rasa macam dah kalut semacam. gara-gara seekor kucing.

aku masuk porch je, aku keluarkan pasir dia dulu. set up kan tempat dia semua. masa tu, bapak aku duk tengah diri depan pintu siap2 nak g semayang jumaat katanya. dah siap set up smeua tu, aku keluarkan lah mimi dari kereta. bapak aku nampak, bulat terus muka dia. muehehe. dia terus cakap, "jangan macam-macam eaa". aku cakap pinjam je. jap lagi pulang balik.

masuk je, aku terus bagi kucing tu kat mak aku. atototo manjanya dengan mak aku, mak aku ni pencinta haiwan senanya. bapak aku je jadi penghalang.

le mimi yang gelita

then tetiba si mimi ni duk meneroka satu rumah, duk hidu2 semua benda kat rumah ni. semua bilik dia masuk. bawah katil pun dia jenguk. haih. yang aku tak leh blah, lepas dia duk teroka satu rumah, dia g dapur balik. then bila mak aku bangun masuk toilet, dia pun ikut sekali masuk. mak aku buang air sambil jerit2 panggil aku suruh eluarkan natang ni sebab dia panjat2 kat mak aku. muehehe. memang tak lah aku masuk dalam toilet tu.

bila dah keluar toilet tu, dia terus g sangkar omot. nengok je omot tu. aku bukak lah pintu sangkar tu. kepala dia terjengul2 nak nengok omot.
berlegar-legar kat depan sangkar omot yang terbukak. omot dah nyorok awal-awal dalam igloo biru dia tu.

aku dah bukak igloo tu, omot duk menikus kat hujung sangkar

muehehe. 




mimi duk hidu2 daun kangkung yang terkeluar kat tepi sangkar tuu. gaknya sebab dia nengok omot makan kangkung kot.

kau nengok, air freshner punya botol tu sampai tergolek2 bawah coffee table tu.

mimi kejar omot bawah kerusi.

video

kawan aku dah mention, natang mimi ni suka bilik yang ber air-cond. haaaa. masa duk aku tengah nak golek2, tarik langsir feeling-feeling gelap, bukak kipas laju sikit, dia ikut aku masuk bilik. aku duk baring, dia siap duk gesek2 kepala dia kat muka aku, atototototo manjanyaaaaaa. siap best landing-landing kat katil aku kan.

tak cukup nan omot, ikan bapak aku pun jadi mangsa. haaaaaa. 


haaaaaa kau nengok.

hamekk kau. dia siap panjant kat atas aquarium tu.



ke hulu ke hilir atas aquarium tu cari jalan nak dapatkan ikan tu



haaa tu dia. dah capai2 tangan diaa.

uncit cakap, kalau dia dapat omot dengan ikan tu bukan dia makan pun. dia cuma nak buat main je sebab benda tu gerak2. dia ingatkan mainan.



ni masa kau nak hantar dia balik. kau nengok dia buat apa. cemna aku nak nengok belakang. bila kereta dah start gerak, dia start dah lompat2 ke depan ke belakang, riba aku, atas dashboard. yang tak leh bla tu, dia duk g kat kaki aku. hoiii aku ni dah lah baru2 belajar bawak manual. haih. aku ni bijak g pakai seluar trek je, mas di nak keluar dari pelusuk bahgian minyak tu, dia memanjat kat kaki aku T_____________T tak nak macam sakit pulak ann dia cakar kaki aku. aku nak berenti kat tepi emergency, belakang banyak kereta pulak. haih.

masa ni duk menunggu bakal laki sebelum pulangkan mimi.

hamboi.. sempat lelap pulak.

taraaaaaaaa.. dah sempat merasa nak jaga kucing mahal sejap. lepas tu g pasar malam nan uncit. bawak dia g pasar malam yang dia tak pernah pergi, pasar malam bandar putra. aku senanya bosan. tu buat post merepek2 ni.

assalamualaikum.

Tuesday, 26 March 2013

mari ke arah gaya hidup sihat!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, reader(s).

fuhhh! fuhhhh! semangat jawab salam dari orang comel kann? *angkat-angkat kening*. perasannya aku. muehehe.

sooo. let me guess, korang senanya dah dapat guess apa benda aku nak cerita kali ni, kann? camana nak mula ni. aku tak tahu nak start dari mana. haaaaaa. senanya aku nak cerita pasal kesihatan diri kita yang kita sering abaikan selama ni. korang tahu tak bahawa 8 daripada 10 rakyat kat MALAYSIA ni mengalami OBESITI?????? korang tahu tak? ahaks. tak terkejut pun tu senanya kann? sebab korang bukan heran pun. first of all, aku nak mengatakan bahawa aku punya post kali ni akan menjadi post yang panjang berjela berkilo-kilometer, kot. tak tipu. so, sesapa yang rasa tak nak baca, sila jangan nak bazirkan masa anda di sini. tapi bagi siapa yang rasa nak tahu lebih lanjut, yang nak hidup dengan lebih bahagia, yang nak ubah gaya hidup sihat, yang nak membantu ahli keluarga yang sedang mencari penyelesaian untuk memulihkan kesihatan, aku sarankan untuk korang baca, okay?

tak kenal maka tak cinta.

cett. poyo je ayat kann? senanya aku nak cerita tentang satu produk ni.. nak tahu apa? jeng.. jeng.. jeng..

yeahhh itu dia.. kebanyakan orang-orang kat sekeliling aku tahu dah aku dah dua bulan guna produk ni. cuma sekarang aku nak cerita pulak pasal herbalife ni.

apa yang korang tahu pasal 'Herbalife?' apa yang ada dalam kepala korang bila aku sebut pasal 'Herbalife' ni? apa diaa? apaaa? mesti pasal turunkan berat badan kan? sebab kebanyakan customer yang korang dengar consume herbalife ni sebab nak turunkan berat badan kan? pas tuh berjaya kan? kan? kan? kan? betul kan? its like 'ubat kurus yang mahal', right? ohh yeaaa dulu aku pun fikir macam tu. asal orang sebut 'herbalife' je, aku pun fikir cenggituh. dulu pun teringin lah nak jugak try masa zaman sekolah sebab ramai cikgu2 aku yang consume then memang diorang punya weight turun. tapi memandangkan faktor budak sekolah, haaaa. tu yang terkubur hasrat tu.

apa itu herbalife?

herbalife ialah sebuah syarikat, pemakanan, perancang berat badan dan perancangan kulit sejagat yang ditibuhkan pada 1980. sekarang, herbalife dah ada di 88 buah negara di seluruh dunia. and aku pasti sumorang tahu, setiap kali produk luar nak masuk malaysia, seperti herbalife ni yang dikategorikan sebagai makanan, mesti melepasi kementerian kesihatan dulu agar produk ni selamat dimakan oleh rakyat malaysia.

herbalife ialah satu rangkaian produk yang menekankan konsep pemakanan secara sihat. ia bukannya satu diet biasa. ianya satu program kesihatan. herbalife ialah satu herba untuk kehidupan. herb for life! semangat betul -.-

semua distributor herbalife ni beria suruh orang tak action ubah gaya kehidupan sebab mereka nak nengok rakyat malaysia semua jalani hidup sihat dengan pemakanan yang sihat. janganlah asyik bergantung kepada produk kurus yang hanya bakar lemak then ntah kemana lemak tu disalurkan.

herbalife ni bertindak memulih sel asas dulu dalam badan then sebab itu lah badan kita akan menjadi lebih sihat. In sha Allah produk ini boleh mengawal berat badan, mengembalikan berat badan kita kepada normal dengan cara menaikkan berat badan mahupun menurunkan berat badan secara sihat!


kalaulah betul orang-orang kata produk herbalife ni hanya untuk kurus dan tambah berat badan, kenapa beckham, messi dan other pros football players consume herbalife? diorang nak kurus? nope! diorang minum sebab diorang nak sihat! sihat dengan makanan yang kaya dengan nutrisi soya, so diorang boleh perform dalam kerjaya sukan mereka. ahaks! nampak gaya pro tak aku explain??

 messi yang kerjaya guna badan just untuk libat-libat ribu riban pun consume herbalife.




ehem! pocket rocket man malaysia and the twins pun consume herbalife, ahaks!

produk herbalife ni berasaskan soya sepenuhnya. i bet, ramai yang dah tahu bahawa soya ni banyak kebaikannya, senanya kann? antaranya ialah..

  • mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolestrol dalam badan oleh peptid soya di mana tindakannya seperti ubat statins tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  • isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah peyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah penyakit osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dlaam tulang, dan mengatasi masalah simptom menapaus.
  • lesitin soya dapat mempercepatkan perederan darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  • kandungan asid amino perlu, asid lemak omega 3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan.
  • gula kompleks dan 'oligosaccaride' dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
  • haaaaaaaaaaaa.. yang ni aku yakin semua suka tak kira lelaki mahupun perempuan. kacang soya ni mampu memperbesar payudara. haaa... amacam?? *angkat-angkat kening* soya dapat meningkatkan kadar hormon seperti estrogen dan prolaktin yang secara langsung dapat memperbesar ukuran dan bentuk jaringan payudara.

soooooo.. yang aku ceritakan kat atas ni just sebahagian je kebaikan kacang soya. senanya banyak lagi sebab kacang soya ni memiliki terlalu banyak kebaikannya. tapi aku tahu.. mesti korang fikir kacang soya ni tak kan tak ada side effect? ada.. of course semua bahan tak kira lah apa pun mesti ada baik dan buruknya masing-masing. kan? even sayur, kalau kau amik dengan banyak pun, badan korang takkan sihat senanya.

untuk pengetahuan korang, kacang soya yang digunakan untuk membuat produk herbalife ni telah menghabiskan berbillion duit company agar penyelidik-penyelidik experts dapat menghasilkan extract kacang soya yang paling maximum hasilnya untuk kebaikan kesihatan. bak kata, dah buat proses-proses seperti penapaian dan detoksin untuk membuang extracts jahat dalam kacang soya ni.

kalau korang nak tahu jugak, herbalife ni pun ada mask muka, shampoo, lotion, set penjagaan kesihatan, kesihatan usus, penjagaan muka, tenaga and many more.

pernah dengar berita yang digembar-gemburkan bahawa herbalie sokong Israel? pernah? ke tak pernah? ke pernah? okay.. lemme explain this.. macam yang aku cakap. herbalife ni dah wujud kat 88 buah negara termasuk israel. okay. macam malaysia, herbalife malaysia taja atlet-atlet negara kita begitu juga dengan israel. diorang pun nak taja atlet negara diorang. diorang nak atlet negara diorang pun sihat jugak.

ini formula 1 product herbalife. dia shakes senanya.. macam korang buat air shakes tuu.. letak mengikut sukatan, campur air then goncang-goncang macam iklan susu coklat dutch lady tuu. 

korang percaya tak kat setiap negara yang jual produk herbalife ni ada perisa shakes memasing? macam malaysia ada strawberry, cappuccino, vanilla, tropical fruity and coklat. ada negara seperti india and korea, diorang ada perisa cookies and mango? believe it? so, dia macam variety supaya orang yang consume produk ni dapat minum dengan perisa mana yang diorang suka dengan banyak pilihan.

yang ni macam yang aku buat. aku blend dengan susu and strawberry.

dia lagi sedap kalau korang reti mix flavor dia atau boleh blend dengan buah-buahan yang korang suka seperti strawberry, blueberry, kiwi, pisang and etc. 

shakes ni makanan gantian kepada meal korang yang korang amik tiap hari. yang paling penting, masa sarapan. dia mengenyangkan senananya. and korang tak payah pantang pun nak makan apa, makan lah.

sepanjang aku guna produk ni, senanya berat badan aku turun naik. sebab aku minum memain. muehehe. but yang aku rasa improve gila ialah, kitaran haid aku. dah nak masuk tiga bulan ni, dah tetap dah 28 hari. kalau tak, berterabur macam apa je. 

akak ipar aku pun consume herbalife untuk gain weight. know what? in just one week, dia dah gain muscle and muka dia dah start bulat. ye lah.. korang boleh imagine umur dah 28. anak dah satu, berat dia baru 31kg. and dia ni breast feeding si zarot. in one week, zarot naik berat badan 500g. susu dia pun makin banyak.

dalam herbalife, kalau korang consume product ni, akan ada personal coach yang ajar korang untuk gunakan product ni dengan betul dan berkesan. coach herbalife ni akan sentiasa follow up korang untuk tahu perkembangan dan perubahan yang korang alami. paling bagus, bila segala yang korang buat tak ada kesan atau senang cite, tak berkesan langsung, duit korang akan dipulangkan! tak tipu.. alaaaa.. lagipun harga dia berpatutan.. tak lah mahal mana kot..












there i show you.. some of the testimonies. mak aih berterabur english. and testimoni paling best is:

naaaaaa. abang kita ni. lost 12kg after consuming herbalife. sorry lah yang ni aku curik senanya. muehehe. 

so, jika anda berminat, boleh hubungi kami.

boleh call direct, text message, whatsapp and fb.

janat : 012-718 8586
twitter : @NurjannahtYahya
fb : Nurjannaht Yahya

think wisely about your health. kalau bukan untuk korang, fikirlah untuk orang yang korang sayang. memang tak nampak untuk masa sekarang, tapi fikirlah untuk masa hadapan nanti :3