Monday, 2 May 2011

satu kepelikan dan pengajaran pada aku

 hari ini, pertama kali aku lihat di hadapan mata aku sendiri pertelingkahan antara keluarga pihak suami dan isteri. aku tidak menyangka semua ini akan berlaku di hadapan mata aku kerana selama ini aku hanya melihat melalui tanyangan movie dan drama di kaca tv dan membaca novel. agak dumbfounded. mungkin kerana ketatasusilaan dan keislaman manusia sekarang semakin runtuh menyebabkan semuanya hancur.

pertama kali juga aku mendengar kisah si suami dayus ini. selama ini si suami sering memukul dan membantai si isteri. sehingga mengeluarkan perkataan seperti bodoh, babi, pukimak, sial, sundal, dll. bukan sahaja si isteri yang dipukul, tetapi ayah dan ibu mertua juga menjadi mangsa. rupanya selama ini si suami, isteri, dan ibu mertua hanya berlakon dan berlagak bahagia. tetapi, si ayah mertua menceritakan semuanya kederhakaan si anak(si isteri kepada si dayus) akibat daripada keganasan rumah tangga yang dicipta oleh si suami(si isteri jadi begini kerana si suami*arahan lah katakan, padahal si isteri tiada niat untuk menderhaka). si suami ini memanggil si ibu mertuanya dengan panggilan 'pentol'. anak sudah dua. dua-dua adalah lelaki.

tadi, terbongkarlah segala rahsia yang tersimpan selama ini. si isteri tidak mahu menceritakan kepada orang lain malah sanak saudara kerana diancam bunuh oleh si suami. sungguh kejam si suami yang dayus itu. alhamdulillah.. tadi keluarga pihak si isteri (semua badan besar-besar) sedang berkumpul di rumah. selain itu, si suami didalam rumah itu hanya ada bersama dengan ibunya sahaj(kesian). salah seorang dari keluarga si isteri itu sudah merasai akan ada sesuatu yang akan berlaku kerana merasa tidak sedap hati. dan ketika itu, aku berada di dalam rumah corner lot dua tingkat itu. apabila aku masuk, sesuatu telah terjadi. keluarga pihak si isteri telah memberitahu bahawa si isteri telah menjerit-jerit di tingkat atas. aku hanya duduk mendengar cerita.

dengan tiba-tiba si isteri turun dari tingkat atas sambil menangis teresak-esak dan mendukung anak yang bongsu terus menuju di dapur duduk di kelompok kami. menceritakan semua yang berlaku di tingkat atas tadi. puncanya hanyalah seluar dalam(nampak sangat si suami ni bodoh nak mampus). tiba-tiba si suami turun. *sementara ini, ada perbalahan kecil berlaku. pihak keluarga si isteri sedang menenangkan si isteri dan berkata jangan berasa terancam dengan segala ugutan kerana mereka di sana ada. si suami sudah menyepak barang(katil baby tak silap aku) sehingga jatuh dari tangga.si ibu kepada si suami sedah menjerit-jerit(macam pontianak suara dia) agar si anak(si dayus) itu bersabar.  kelompok yang aku duduk bersama tadi sudah bangun untuk melarikan diri takut benda yang akan dibaling lagi akan melayang kecuali aku dan seorang nenek yang semakin lanjut usianya.

ketika itu jugalah, pihak lelaki dari keluarga si isteri masuk untuk melihat apa yang berlaku. abang kepada si isteri terus bercakap. dia sudah hilang sabar kerana selama ini si ayah mereka menceritakan segala keperitan yang berlaku. satu keluarga sudah tahu. masa itu, si suami ini telah mula menyerang si abang. dan masa itulah, 3 hero(dari keluarga si isteri) badan besar-besar terus memukul si dayus ini. saat itu, aku terus menarik nenek yang di sebelah aku untuk berganjak dari situ agar tidak berlaku apa-apa kepada kami. saat itu juga aku sedar bahawa aku menggil dan berpeluh-peluh. mungkin kerana terkejut kerana pertama kali mengalami situasi ini. si ibu kepada si dayus ini terus menjerit-jerit agar peltelingkahan ini berhenti. si ibu ini sudah memeluk si dayus ini tetapi ditarik oleh kakak si isteri kerana ketika itu masih sedang giat berlaku tumbuk-menumbuk. takut akan terjadi apa-apa kepada ibu si dayus ini(nanti makin macam-macam ceritanya).

pertelingkahan terhenti apabila abang si isteri mula mendapatkan kesabaran. mujur si dayus ini tidak membalas setiap serangan yang diberi. kalau tidak, pasti akan lebih ramai pihak lelaki dari pihak si isteri akan membelasah si dayus ini. baju si dayus ini telah koyak rabak di bahagian dada(seksi lah konon sebab putih melepak, padahal banyak babat. geli aku). on the spot, salah seorang dari pihak si isteri call polis. si isteri sudah menjerit-jerit kerana takut dengan apa yang kan berlaku kepadanya selepas semua ini berlaku. selepas itu, si kakak kepada si isteri terus menyuruh si dayus dan ibunya blah naik atas. saat ini juga kedua anak mereka ini telah diambil oleh pihak keluarga si isteri takut si dayus ini ambil.

keadaan terus kecoh. si isteri mula menceritakan kisah-kisah yang mampu merabakkan hati setiap orang yang mendengarnya. rupanya si dayus hanya inginkan harta. si suami telah melicinnkan duit di dalam akaun bank ayah mertuanya(ayah si isteri) tanpa pengatahuan siapa-siapa. terkejut juga apabila mendengar bahawa dia tidak pernah mendukung walau seorang anak mereka walaupun anak itu menangis macam nak mati. sampai cakap 'mampus lah kau. tuh anak kau. kau yang tak reti jaga', kata si dayus. lebih terkejut apabila si isteri ini menceritakan saat-saat ayahnya(ayah mertua si dayus) sedang nazak. ayah itu memanggil si dayus ini beberapa kali. si isteri sudah cemas kerana ayah ini telah sesak nafas. si isteri meminta tolong si suami menghantar ayah ini ke hospital dan si dayus berkata 'pergi mampus lah sana! aku pedulik apa.' si isteri ini telah menangis-nangis kerana tidak sanggup melihat ayah ini dalam derita. si isteri terus berusaha untuk membangunkan ayah ini dengan bantuan anak sulungnya yang baru berusia 3 tahun setengah. akhirnya selepas paramedik datang, pihak paramedik telah mengesahkan kematian ayah ini.

rupa-rupanya, si dayus ini sudah lama menyuruh si isteri refinance rumah dua tingkat corner lot itu yang di atas nama si isteri. tetapi si isteri tidak mahu. si dayus ini juga menyorokkan sijil kelahiran anak-anak mereka agar dia mendapat anak-anak itu. si dayus juga pernah menumbuk si isteri sehinga rabak bibir si isteri selain menyepak perut si isteri. si isteri terpaksa menyorokkan passport mereka sekeluarga kerana takut si dayus ini pergi ke singapura untuk melicinkan lagi duit si ayah. si isteri, si ibu, dan ayah sudah lama bersabar. tunggu masa untuk meletup sahaja. banyak lagi kejahatan dan kezaliman yang berlaku sehinggakan si dayus ini pernah bersumpah di pejabat agama agar tidak memukul si isteri lagi. rupa-rupanya kawan baik si dayus ini adalah kawan baik dengan si isteri tanpa pengatahuan si dayus. kawan ini adalah kawan kepada si dayus sejak di bangku sekolah lagi. dia berkata, si dayus ini memang tak betul sikit. family si dayus semue macam tuh. mereka akan bertindak apa sahaja kerana duit. si dayus ini juga tidak bekerja. sudah tidak memberi nafkah kepda si isteri selama 3 bulan. yang bekerja hanyalah si ibu(ibu mertua si dayus). si isteri dilarang bekerja kerana duit gaji si isteri dikikis oleh si dayus. apabila diminta si dayus ini membeli susu anak pun tak mahu.

sedang asyik-asyik si isteri bercerita, si dayus ini turun dan keluar bersama ibunya sambil menunjukkan  baju yang telah koyak rabak itu. baju itu akan dijadikan sebagai bahan bukti kepada polis kerana mereka ingin membuat laporan polis kerana si dayus ini dibelasah oleh 3 oarang lelaki. memang mungkin Allah nak menangkan pihak keluarga si isteri ini. salah seorang dari keluarga pihak si isteri adalah seorang peguam. peguam ini berkata, tiada apa-apa yang akan berlaku kerana dia tidak akan menang. ketika si dayus ini keluar, dia telah membawa segala kunci rumah. on the spot, beberapa pihak telah pergi membelikan kunci rumah yang baru. dan tadi, semua dikemas dengan pantas kerana si isteri, anak-anaknya, dan ibunya ingin keluar dari rumah itu kerana takut si dayus kembali lagi dan menjadi orang gila.

sampai sini sajalah yang mampu aku ceritakan. pergaduhan berlaku pada pukul 8 malam 30.4.2011. aku pulang ke rumah lebih kurang pukul 1.30 pagi 1.5.2011 kerana membantu menyiapkan apa yang patut dikemas(yeje. padahal aku tido sebab nantok gile).

aku menceritakan cerita ini bukanlah kerana ingin mengaibkan orang tau apa-apa. tetapi hanya untuk memberi pengajaran kepada semua yang membaca kisah ini. ambillah iktibar dari kisah ini. apabila aku bertelingkah dengan boypren aku, aku dapat rase kesakitan hati yang teramat sangat. tetapi melihat kisah tadi, baru aku sedar bahawa ada lagi kisah sakit hati yang lebih teruk. sekarang mereka masih lagi suami isteri.

sedarlah kalian. jika kalian berasa hidup kalian susah dengan masalah, ada yang lebih susah dari anda dengan masalah.

jika anda hidup daif(kurang berkemampuan), adal yang lagi daif dari anda.

jika anda orang yang tinggi, ada lagi orang yang lebih tinggi dari anda.

jika anda lebar, ada lagi orang yang lebih lebar.

jika anda gemuk orangnya, pasti ada lagi yang lagi gemuk dari anda! ;p   (aku back up diri sendiri)

terima kasih lerana membaca kisah ini. assalamualaikum.

2 comments:

  1. hurmm.. macam2 yee..
    sian si isteri dan anak2..
    harap2 nye takde ape2 lah mereka slps ini..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda di sini :)