Thursday, 25 October 2012

I'm falling in love with.. DODGEBALL!

pernah tak korang dengar pasal bola beracun yang kita selalu main masa kekecik dulu? pernah tak?

orang cakap, kat johor bola tuh dipanggil sebagai 'bola hamtam' tapi aku tak pernah pulak dengar perkataan tuh. okay. let's start the story.

on 19th to 21st October 2012, aku dengan 7 orang kawna-kawan aku telah pergi Kursus Kejurulatihan Sukan Dodgeball Peringkat Negeri Johor. can you imagine masa petang 18 October tuh si Nazrul tetiba suruh aku, Izzah and Nadirah pergi kursus nih. tetiba je tarik kitorang. kitorang pun accept je lah sebab benda tuh aku tak pernah dengar kan.

ajaibnya, transport kena handle sendiri. cikgu macam tak buat apa-apa. best tak? nasib baik semua dah besar kan. dah boleh fikir sendiri kan. masa hari Jumaat, 19 hari bulan, kami plan nak gerak pukul 2 lepas solat Jumaat sebab ada ura-ura cakap pandaftaran start pukul 3.

gedebang gedebung, bush sana, bush sini, dekat pukul 4 baru gerak. the program was held on Kompleks Belia dan Sukan, Larkin. ohh. lupa pula nak cerita siapa yang pergi. eight of us,

  • Aku, si comel Janat
  • Si pendek Nadirah
  • Si gemuk Izzah
  • Nazrul Izzudin
  • Izzat Harriq
  • Izzat Syahmi
  • Syahmi Shahdan
  • Ahmad Hanafi
dengan sesat tak ingat jalan, dengan hujan renyai-renyai, dengan wiper nak tercabut, dengan kereta mendap, dekat pukul 5 baru sampai. *facepalm* sampai sana, ingatkan kitorang paling lambat sebab lenggang je tak ada orang. ada beberapa orang manusia yang tidak dikenali sahaja di sana. lepas siap semua, pendftaran, kuci bilik, cadar, etc, kitorang pun masuk bilik. wonder what? rupanya kitorang first yang sampai -.-

ahh. bila nengok tentatif program, pendaftaran start pukul 5 -.-
kitorang lah yang first merasmikan bilik. and paling best, peserta perempuan cuma 12 orang. 
muehehehe.

malam tuh patutnya dah start taklimat, tapi.... maybe abam-abam and kakak-kakak club dodgeball yang dijemput tuh ada masalah sikit, so diorang datang lambat. so, malam tuh kitorang free. eight of us decided untuk keluar makan sebab dinner yang disediakan petang tuh sangat tidak memuaskan hati. gedebash gedebush, balik pukul 11.30

moment paling besssyyy is, gerai yang kitorang pergi makan tuh sebelah Gift Shop or something like that. si Nadirah nih lah duk membebel kat bebudak lelaki nih tanya mana hadiah birthday dia. diorang semua mintak maaf sebab tak ada. then tetiba, si Syahmi, Izzat Syahmi and Nazrul bangun cakap nak pergi beli barang. okay. lantak korang lah nak pergi mana. kami tak kisah. dalam 10 minit, diorang balik. Syahmi pegang satu bungkusan then letak atas meja.

aku pun try lah acah-acah nak amik, dia cakap untuk awek, tak boleh kacau. okay, let it be. then bila kitorang balik. masa nak balik nih, kami suruh si Nadirah nih drive. si Hanafi nih pulak nak cari 7Eleven. so, menyimpang lah kejap dari laluan nak balik kompleks tuh. 

amazing-nya, Nadirah nih drive 40 km/h! *facepalm*
imagine kat bandar besar tuh dia boleh drive macam siput sedut yang baru nak hidup. jalan sebelah kanan pulak tuh. orang start memotong sebelah kiri. aku yang kat belakang dia nih dah membebel-bebel suruh laju sikit kalau tak nak masuk lorong kiri. dia buat bodoh je macam aku cakap dengan stering kereta dalam kereta tuh.

dari bandar Larkin sampai ke bandar Johor Bahru, satu 7E pun kitorang tak jumpa. dengan jalan macam siput kat tengah bandar tuh, kitorang dah bising kat Nadirah suruh berenti tepi jalan bagi Hanafi atau aku drive. tapi tak. dia degil. agak degil. tak nak berenti. sampai lah dia belok ke satu simpang, aku tak tahu simpang pergi mana. dia pun jalan ikut sukati mak nenek dia tak nak berenti sampai masuk taman perumahan mana ntah siap ada signboard "Kampung..." apa ntah aku tak ingat.

in 5 minutes, barulah dia cari satu simpang kecik, then berenti then suruh aku drive. lepas tukar driver tuh, dia kena lecturer dengan kitorang sebab bawa kereta cenggituh. dia hanya mampu gelak. see? betapa degilnya dia. nasib baik ingat balik jalan keluar dari tempat yang tak pernah dijajah tuh. in 10 minnutes, baru sampai kompleks balik. yela. kat bandar tak kan aku nak drive macam Nadirah drive. habis kena sound. aku rasa siput sedut pun lagi laju kot. dia ingat dia tengah main tolak-tolak kereta dalam rumah dia.

next, bila sampai kompleks, nak naik dorm je, si Izzat Syahmi, Nazrul and Syahmi panggil Nadirah. then dia bagi bungkusan tadi yang diorang beli kat Nadirah sambil wish 'Happy Birthday'. dioarang cakap jangan bukak sekarang. hadiahnya pelik. 

kitorang pun buat tak endah lah bila diorang cakap hadiah tuh pelik sebab.. ye lah. budak lelaki kan. beli teddy bear comel pun dia cakap pelik sebab diorang malu. masuk dorm je, Nadirah bukak gift box then dia terus campak! dia cakap, 'apa benda nih?!' aku amik then nengok. sesuatu berwarna merah aku nampak. bila aku keluarkan, jam dinding yang berbentuk jam tangan berwarna merah bercorak spiderman yang keluar. apak aah. macam nak keluar six pack kitorang ketawa dalam dorm tuh. geli hati dengan akal bebudak nih. Nadirah decided untuk gantung jam tuh kat dinding dorm. bhahahaha! bila roommate lain masuk, memasing buat muka pelik tanya jam siapa.

next day, 20th October 2012, Saturday.
imagine how we felt when then morning excercise was cancelled. yeah baby. lepas solat subuh, sambung tidur balik. then turun for breakfast, then taklimat for the dodgeball is started. masing-masing muka memang mintak katil dan bantal. masa dia bagi taklimat tuh, ya Rabbi, ngantuknya!

*abam-abam and kakak-kakak yang menjadi couch kitorang introduced theirselve for the intro

*abam Kimi and abam Azzim tunjukkan benda yang scrolling tuh. tuh ialah tempat simpan.. ntah. aku tak reti nak explain macam mana

then, the game started. kitorang di ajar untuk main macam mana. macam mana nak baling bola. macam mana nak catch bola, the rules etc.

*this is the ball yang kitorang guna. surface dia sangat lembut. span yang dibalut oleh kain tapi ianya ialah bola yang harus dipam dengan angin. siapa yang tangan besar, dia boleh cengkam bola nih sebab dia just macam cengkam kain. tapi pada yang tangan kecik macam aku memang tak dapat lah nak cengkam.

kitorang practice dari pukul 11 sampai lah ke petang. of course lah ada break kan. then malam, ada friendly match. huaaaa. team aku dapat tempat ke-empat. see? hebat tak walaupun tak berapa hebat. sejak petang budak-budak lelaki nih dah start menagdu badan sakit-sakit sampai mintak minyak nak urut tidak terkecuali Izzah and Nadirah. yang aku rasa sakit pada hari tuh ialah cuma punggung dan kepala sebab jatuh terhentak sambil terduduk and kena headshot. 

*it's us on the match. nih dengki siaa amik gambar aku tengah menganga macam tuh

*candid


on the next morning, bila best-best celik mata, saat nak gerakkan badan je, semua menjerit betapa sakitnya badan terutama peha dan tangan. adegan ini ditambah lagi dengan Izzah yang membuat aksi menyembah firaun atas katil aku bagi merenggangkan otot yang tegang. 

ohh yeah. ada moment aku nak selitkan. disebabkan dorm perempuan berada di tengah-tengah antara dorm lelaki dan lelaki, jadi, toilet perempuan agak jauh sikit lah. bila pagi tuh, just Nadirah and Izzah yang decide nak pergi menguruskan badan dulu. bila diorang sampai toilet, pintu toilet kunci. ketuk punya ketuk punya ketuk punya ketuk, pintu terbuka. imagine who? seorang pak cik lelaki yang hanya memakai tuala keluar melenggang lenggok tanpa rasa bersalah then terus masuk dorm. ohh. for your information, program nih dianjurkan under belia dan budak sekolah cuma ada beberapa kerat je. pak cik mak cik akak abam yang dah lepas peringkat umur pun ada.

pepagi sebelum majlis perpisahan berlangsung, abang coach yang bergelar Abam Kimi nih bukak lah NTV7. imagine why? sebab dia masuk tv o.0

*that's him on the middle. untuk rancangan macam kids news something like that. cerita sikit pasal bola-bola nih. tunjuk camana diorang main. bla.. bla.. bla..

*eight of us bergambar dengan abam-abam teams Eagles!

*the closing ceremony

*inilah abam-abam and kakak-kakak yang menjadi couch kami

sebenarnya, main dodgeball nih seronok. thanks tuh abam-abam and akak-akak yang ajar kitorang main sukan nih. dengan sukan nih, kami diajar untuk berkerjasama antara teammate. bukan tuh je. kami diajar untuk sentiasa fokus and kehebatan keyakinan diri yang tinggi.

sukan nih dah lebih kurang 5 tahun diperkembangkan kat malaysia nih. aku pun tak tahu benda nih wujud.

so, sesiapa yang berminat dengan sukan nih, boleh lah cuba untuk menceburkan diri. tak salah. permainan dia selamat. kalau kena hit dnegan bola pun tak sakit.

source:





No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini :)