Saturday, 11 May 2013

kena culik?

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

huyyyyooooooooooooooo!! lama seh tak update. muehehe. aku ni saje je duk nak menaip pasal ntah pape. padahal in just 8 days aku ada exam sem 2 untuk stpm. haaaaa. nampak tak bingainya kat situ? nampak tak?
luls. kena culik? aku yang menjadi penculik senanya. culik apa? culik kucing kawan aku. nama kucing tu Mimi. 

yelahh. aku ni jenis keturunan yang tak boleh ada kucing kat rumah. bapak aku tak suka kucing. guinea pig yang aku bela tu pun dia bagi sebab natang tu dalam sangkar. tu pun sebab aku mintak dia ganti lepas dia tak bagi aku bela kucing, then dia buang kucing tu. pejam celik pejam celik dah dekat 3 tahun omot tu hidup nan aku. bakal laki siap mintak lagi. siap nak mintak nak jaga satu hari. haaaaaa memang aku tak bagi lah. muehehe.

omot the guinea pig

kita sambung cerita pasal penculikan tu yang berlaku.

tarikh: 10 Mei 2013
masa: 12.30 tengahari - 1.00 tengahari
lokasi: teratak Encik Ahmad Her(bapak kawan aku)
misi penculikan: menculik Mimi

kawan aku tu siap siapkan tempat pasir si mimi lagi. masa aku drive lepas amik natang tu, dia tak leh duk diam langsung -.-
haih. melompat ke depan ke belakang. panjat headrest, lompat riba aku, jalan kat dashboard, duduk kat gear. dah lah aku ni duk memulas2 kerata manual. tak ada power steering. dengan clutch pendek. apak ahh. macam ribut lah jugak dalam kereta tu. padahal rumah aku dengan rumah kawan aku tu tak lah jauh mana pun. tak sampai 1 km. tapi aku rasa macam dah kalut semacam. gara-gara seekor kucing.

aku masuk porch je, aku keluarkan pasir dia dulu. set up kan tempat dia semua. masa tu, bapak aku duk tengah diri depan pintu siap2 nak g semayang jumaat katanya. dah siap set up smeua tu, aku keluarkan lah mimi dari kereta. bapak aku nampak, bulat terus muka dia. muehehe. dia terus cakap, "jangan macam-macam eaa". aku cakap pinjam je. jap lagi pulang balik.

masuk je, aku terus bagi kucing tu kat mak aku. atototo manjanya dengan mak aku, mak aku ni pencinta haiwan senanya. bapak aku je jadi penghalang.

le mimi yang gelita

then tetiba si mimi ni duk meneroka satu rumah, duk hidu2 semua benda kat rumah ni. semua bilik dia masuk. bawah katil pun dia jenguk. haih. yang aku tak leh blah, lepas dia duk teroka satu rumah, dia g dapur balik. then bila mak aku bangun masuk toilet, dia pun ikut sekali masuk. mak aku buang air sambil jerit2 panggil aku suruh eluarkan natang ni sebab dia panjat2 kat mak aku. muehehe. memang tak lah aku masuk dalam toilet tu.

bila dah keluar toilet tu, dia terus g sangkar omot. nengok je omot tu. aku bukak lah pintu sangkar tu. kepala dia terjengul2 nak nengok omot.
berlegar-legar kat depan sangkar omot yang terbukak. omot dah nyorok awal-awal dalam igloo biru dia tu.

aku dah bukak igloo tu, omot duk menikus kat hujung sangkar

muehehe. 




mimi duk hidu2 daun kangkung yang terkeluar kat tepi sangkar tuu. gaknya sebab dia nengok omot makan kangkung kot.

kau nengok, air freshner punya botol tu sampai tergolek2 bawah coffee table tu.

mimi kejar omot bawah kerusi.


kawan aku dah mention, natang mimi ni suka bilik yang ber air-cond. haaaa. masa duk aku tengah nak golek2, tarik langsir feeling-feeling gelap, bukak kipas laju sikit, dia ikut aku masuk bilik. aku duk baring, dia siap duk gesek2 kepala dia kat muka aku, atototototo manjanyaaaaaa. siap best landing-landing kat katil aku kan.

tak cukup nan omot, ikan bapak aku pun jadi mangsa. haaaaaa. 


haaaaaa kau nengok.

hamekk kau. dia siap panjant kat atas aquarium tu.



ke hulu ke hilir atas aquarium tu cari jalan nak dapatkan ikan tu



haaa tu dia. dah capai2 tangan diaa.

uncit cakap, kalau dia dapat omot dengan ikan tu bukan dia makan pun. dia cuma nak buat main je sebab benda tu gerak2. dia ingatkan mainan.



ni masa kau nak hantar dia balik. kau nengok dia buat apa. cemna aku nak nengok belakang. bila kereta dah start gerak, dia start dah lompat2 ke depan ke belakang, riba aku, atas dashboard. yang tak leh bla tu, dia duk g kat kaki aku. hoiii aku ni dah lah baru2 belajar bawak manual. haih. aku ni bijak g pakai seluar trek je, mas di nak keluar dari pelusuk bahgian minyak tu, dia memanjat kat kaki aku T_____________T tak nak macam sakit pulak ann dia cakar kaki aku. aku nak berenti kat tepi emergency, belakang banyak kereta pulak. haih.

masa ni duk menunggu bakal laki sebelum pulangkan mimi.

hamboi.. sempat lelap pulak.

taraaaaaaaa.. dah sempat merasa nak jaga kucing mahal sejap. lepas tu g pasar malam nan uncit. bawak dia g pasar malam yang dia tak pernah pergi, pasar malam bandar putra. aku senanya bosan. tu buat post merepek2 ni.

assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini :)