Thursday, 8 May 2014

Dunia

Makin aku tak mengerti. Apa itu dunia. mungkin itu sebab Tuhan wujudkan akhirat. Meminta manusia imbangkan keduanya.

Semakin kau tahu, semakin kau tidak faham. Erti faham itu sudah tiada. Manusia berlumba mengejar dunia. Aku pelik. Kenapa sifat muka-muka itu wujud. Mengapa permainan dunia ini kejam. Lelah memikirkan. Bila semua ini akan berakhir. Semakin aku tidak mengerti.

Generasi akan datang bagaimana? sedangkan anak-anak juga berbunuhan kerana sifat dengki dan tidak kepuasan hati. Walau iblis juga mendengki adam dan hawa di syurga kerana ketidakpuasan hati Tuhan mencipta manusia. Permulaan ciptaan manusia sudah wujud apa itu dengki.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini :)