Monday, 30 June 2014

Janat Honest Review

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

bila baca tajuk, mesti fikir "ek eleh budak ni, kerek nak tiru maria elena." but, nope. this is totally my honest review. nak review pasal apa? pasal produk. tapi bukan produk kesihatan, herbalife, collagen, etc. but this is about, your CROWN.

SHAMPOO.

nak lah diceritakan.. aku ada masalah sejak umur 11 tahun. masalah fungus kat kepala. dia kelumumur lah.. aku dapat natang ni dari nenek aku. nenek kan.. anak ada 8, tu tiap2 bulan merantau duduk rumah anak2. sampai satu turn rumah bapak aku.. jadi bila dia duduk rumah aku ni, mula lah peel high taste dia..(elak aku kena sambar petir je duk ngumpat dia). dia nak bilik yang ada air-cond. repeat, bilik yang ada air-cond.

nak dijadikan cerita, bilik yang ada air-cond kat rumah lama tu, cuma ada dua. bilik bapak aku dengan bilik aku. aku tak kisah.. nak tukar bilik pun takpe. tapi dia tak nak. dia cakap biar dia kongsi dengan aku.. okay baiklah. berkongsilah bilik tanpa mengetahui, sejak saat tu, hidup aku akan berubah.

masa tu aku tak perasan lagi.. dalam masa 2-3 minggu, kepala aku dah start gatal. tergaruk-garuk. bila garu, ada flake jatuh. macam salji gitu. eiii. geli pulak. aku cakap dengan mak aku. mak aku cakap kepala aku dah penuh dengan klumumur and i was like.. "the hell ma, sebelum ni hidup tak pernah kena pun." dan pada saat tu.. kitorang satu family perasan kepala nenek aku tu penuh dengan kelumumur.

lebih kurang macam ni. nak muntah pulak aku nengok.

pada saat itulah.. aku berhijrah. berhijrah ke bilik lain. asalkan tak berkongsi dengan nenek aku. nangis weh tahan gatal dia. lagi time tu aku budak. still aktif lah lagi dengan sukan. pastu bertudung. fuhh fuhh. kadang sampai melecet sebab garu. kalau mandi mesti pedih. sampai satu tahap, bapak aku macam tak tahan nengok aku. dibawanya aku ke klinik. doktor cakap flake tu macam dah tebal. pastu dia bagi shampoo. dalam botol kecik je. rm20 T____T mahal weh. tapi sebaik insuran ada. so, pulun terus 3 botol. nama dia selsun. busuk dia tak payah cakaplah. warna dia macam ubat batuk.

first try, berjaya.sangat berkesan. then bila habiskan sebotol, terus rasa kepala ni ringan gila. pastu duk rekomen kat nenek aku.. suruh dia pakai. yang ajaibnya, dia pakai takde effect. berbotol-botol dia pakai pun tetap macam tu. sejak tu aku tak kongsi apa2 dengan nenek aku. pastu aku tak ingat macam mana, aku kena duduk sebilik dengan dia for a week tak silap sebab ada sedara aku datang rumah, so dia guna bilik aku yg aku duduk. then.. tadaaaaaaa.. the killing flake datang balik kat kepala aku.

seksa dia tak payah cakap sebab perebakan dia macam bau kentut. sangat cepat. bapak aku macam takde pilihan lain dan aku redha masa tu, dibotakkan lah kepala aku. i repeat. dibotakkan. imagine.. sorang budak kecik perempuan umur 11 tahun dengan kepala botak.. masa botak tu, semua orang terkejut sebab dah tak nampak langsung kulit kepala kat kepala aku. apa yang meliputi kulit kepala ialah flake tebal putih yang besar sampai ke belakang telinga. mesti rasa geli kan bila baca. habis kau ingat, aku yang kena tak geli?

masa tu lah, natang selsun tu beli dekat 10 botol. tapi macam tak jalan. dia just kurangkan je. dia macam tak kurangkan macam masa first time aku guna dolu-dolu. bila dah kurang, dah start nampak okay, pastu still guna selsun tu, macam tak nak hilang, dekat 3 bulan jugak guna selsun tu, dia tak hilang, tapi mengawal bagi tak makin teruk. so aku mengambil keputusan, untuk tukar shampoo.


tada.. sunsilk anti-dandruff. rating dia.. 4/5 aku boleh bagi.. sebab aku tak tahan dengan busuk selsun tu. selain bau sunsilk ni wangi. dia jugak berfungsi macam selsun. mengawal tetapi tidak menghilangkan. for a years.. dari 2006 sampai lah 2008 aku guna sunsilk ni. bau dia aku suka. universal. semua shampoo sunsilk bau benda yg sama. harga dia masih boleh diterima akal lagi. then aku tukar.


natang ni. boleh dikategorikan mahal lah bagi aku. baru berapa ml, dah berbelas-belas ringgit. padahal, takde function pun. lol. bau je lah wangi. pastu dia buat rambut kau kering dan klumumur kau makin banyak. tak tipu. tak sampai setengah botol, aku buang. sebab aku tak tahan. bukan je tak hilangkan kelumumur, tapi langsung tak mengawal. 

aku pun balik semula ke sunsilk. dear my lovely sunsilk.. aku try lagi. try sampai boleh jumpa shampoo yang betul-betul boleh hilangkan masalah aku ni.. pastu aku berdetik nak try benda nih.


result dia sama macam yang lain. mengawal, bukan menghilangkan. yang bestnya, dia bagi sensation sejuk  bila kau pakai sebab dia menthol kan. then sekali je lah aku guna. aku try lagi yang lain.


tadaaaa. benda ni pulak aku try. sama je effect dia macam head and shoulders. sedih tau. macam jodoh aku dengan kelumumur ni kuat. so aku pun berbalik semula dengan sunsilk biru tu. still going on.. and then, i've tried this.. 


it's like.. kau siram clorox kat kepala kau. kulit kepala rosak pastu rambut kau pun rosak. sampai masa tahun 2011, mak aku offer pakai shampoo dia. dia cakap bagus tapi aku tak percaya. muehe.


nah. benda ni yang mak aku offer. tapi makin worst aku guna. rambut jadi rosak. pastu berminyak. kelumumur tak payah cakap lah.. dah buat penempatan apartmen kat kepala ni. aku terus tukar balik guna sunsilk biru. baru rasa lega. and still stick with it sampai 2014.

awal tahun 2014, akak sedara aku rekomen shampoo dia jual.


pulun.. brand hai o tak silap aku. fisrt guna, best. tu aku boleh cakap. bau best. pastu masa tu aku macam busy sikit. so basuh kepala tak hari-hari macam sebelum ni, cuma 2-3 hari sekali. even tak basuh sampai 3 hari, kepala aku tak rasa gatal pun. dia pun tak keringkan rambut. tapi harga dia.. boleh tahan mahal lah. akak sedara aku bagi sekali dengan sabun. dia suruh aku sental kat jerawat ni. madah. tak jalan. haha. shampoo ni okay.. pun sama dia tak hilangkan. try 2 botol je.. pastu aku terus beli yg lain.


tada.. lepas ramai yang syorkan, aku pun try.. kebetulan ada aeon baru bukak kat kulai ni, so offer diorang boleh tahan lah. sebotol kecik dah +- rm30. tapi apa kau tahu? SAMA JE MACAM YANG LAIN. tak tipu. sepanjang aku g umrah, aku bawak benda ni. maybe keadaan kat sana panas sepanjang masa, tu aku takut aku berpeluh pastu gatal. benda ni lah yang membantu. still, tak menghilangkan tapi mengawal. balik umrah, aku memang tak tahan. aku pergi saloon, buat treatment. RM180 melayang macam tu je sebab dandruff T_____T pastu orang saloon tu syorkan guna shampoo dia. aku tak ingat brand apa. harga dia lebih kurang loreal tapi bukan loreal. aku try google tapi tak dapat. aku sure, aku nak potong pendek rambut masa tu sebab aku rasa serabut. rambut panjang sampai pinggang pastu banyak kelumumur. pun sama je shampoo tu. aku pergi klinik, mintak selsun. lebih 10 botol rasanya aku amik kali ni. tapi selsun ni macam dah upgrade sikit. bau dia dah okay. tak busuk macam dulu.

pastu dalam bulan lepas, aku duk berjalan ngan mamin g tesco. nak cari barang. sampai tempat body care, aku terasa nak try shampoo lain.


tada.. aku beli sebab teringat kawan aku cakap bagus dan kebetulan masa tu tesco letak harga natang ni murah rm8 dari harga biasa. aku pun beli. first apply.. it's like a miracle.

first time ever in my life, shampoo berfungsi mengikut apa yang dia cerita kat belakang botol shampoo. letak dalam bentuk coin kecik je kat tangan, pastu apply. tak macam shampoo lain, kena letak banyak baru rasa ada shampoo atas kepala. pastu masa bilas, rasa lembut sangat rambut ni. dan paling tragik, rambut kerinting ni dah lurus T_____T

takut lah jugak. sayang weh rambut kerinting ni. selalunya kan kalau basah still boleh nampak dia punya curl. ni tak. lurus terus. lepas sikat, kering baru curl dia ada balik. kau ingat tak takut ke? seronok sangat sebab lepas tu, bila bangun pagi tak payah bersihkan bantal dengan katil sebab ada dandruff flake. memang dah tak ada langsung kat katil ngan bantal. bila aku enngok2 balik kat cermin kepala ni, ada lah sikit. sikit2 je lah. tak seteruk sebelum aku guna. 

tapi ni just pandangan firasat aku. aku tak tahu apa yang korang ada masalah kelumumur ni rasa bila pakai dove. tapi aku memang suggest yang ni. worth harga dia mahal. sangat worth. and this is.. Janat Honest review.

ohh yea.. Happy Fasting :)


 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini :)