Thursday, 28 July 2016

Little heart

Assalamualaikum..
Aku buat post ni.. sebab dah lama aku pendam.. sejak zaman budak lagi.. makin lama aku membesar.. benda ni tak pernah berubah.. niat aku disini tidak lah untuk memburukkan mana2 pihak mahupun membuka aib.. tapi aku cuma nak tegur sikit.. aku tak berkata aku ni insan yg baik dan mulia.. kita sama2 tegur sesama kita.. ada masa nanti aku buat silap.. aku pulak terima teguran orang..

Aku nak bercakap tentang perempuan.. ye.. perempuan..

Aku hormat dan salute bila aku nampak perempuan solat. Especially orang yg suka solat awal waktu. You've earn my respect. Tapi satu benda aku terkilan.. sifat sesetengah mereka semasa solat.

Sejak kecik.. aku memang selalu travel pergi sana pergi sini. Singgah mana2 surau atau masjid bila masuk waktu and everywhere i go, aku akan jumpa sejenis manusia ni. Bab wudhu.. tak pernah menghampakan.. tapi bila start solat.. itu menghampakan. Some of this people aku rasa macam.. "ermm.. kenapa laa kau macam ni.." then aku terus rasa bersalah.. tak baiknya fikir macam tu.

1. Solat kat rak telekung
Ye betul.. senang kita nak ambil-sidai telekung bila kita kat sebelah rak.. but have you ever considered how everyone else yg nak ambil telekung? Macam mana kadang sampai terpusing2 badan kena menyelit sebab takut terlanggar awak yg tengah solat tu. Awak bukannya kat rumah awak.. bukan dalam bilik awak. Nak tegur rasa tak sopan. Tapi.. susah kami nak ambil-sidai telekung dengan sejadah. Dah berhimpit.. nak kena aku yg gemuk ni duk terlanggar2 rak dengan ampai tu. So.. jomlah.. bila nak solat.. berikan sedikit ruang untuk memudahkan orang lain. Dapat ketengah sikit pun takpe..

2. Bacaan solat macam tengah jadi imam
Sesetengah orang ni bila kita duk kat sebelah dia.. psshhhyyyttt... phsshhuuuiiiish.. pusshhhsuiuu.. ya allah jahatnya aku tapi awak tahu tak benda tu buat hati saya rasa tak tenang. Betul.. kalau boleh, solat kena dengar apa yg kita baca.. tapi agak2. Kita kat sebelah ni rasa terganggu sebenarnya. Lembutkan sikit lidah.. kadang aku yg stress.

3. Solat macam sejadah ada 1000 helai
ni.. paling aku nyampah. Selalu jumpa mak bawak anak2 kecil.. ajak mereka solat sekali.. tak salah kak oii.. tapi sejadah tu kongsi lerr.. dah anak 3 pastu sorang satu sejadah masuk akak dah 4. Ni bukan masjid yg ada carpet. Kalau lambat sangat nak tunggu, aku guna tudung je buat alas.. agak2 kak oi.. boleh kongsi sejadah tu.. bentang.. anak2 awak badan kecik2 lagi.. tu baru mak orang. Yg bukan mak orang pun boleh tahan especially masa peak hour macam maghrib.. selalunya surau2 kat rnr atau plaza2 tol ni penuh.. awak dah nampak ramai orang.. share lah sejadah tu. Memang nampak orang tak mintak.. tapi bila kita bentang je melintang, ada je orang akan datang sebelah kita. Ini tidak. Dipakainya sorang. Kena kat aku yg malas nak tunggu, memang aku sauk je tudung buat alas. Dah kena kat orang yg memang rasa tak boleh kena tempat keras ni, memang dia tunggu. Dah beratur tunggu turn.

4. Solat tengah dunia.
Kalau di masjid, it's okay. Tapi kat tempat yg kecik2 tu.. Allahu.. aku tak maksud kena solat berhimpit tepi dinding. Tapi maksud aku, kalau orang dah beratur buat saf sebaris, awak solat ler sebelah orang tu. Ini idok.. dah jauh, pastu orang nak nyelit antara awak dengan orang tu pun tak boleh. Stress tau itew.

5. Tak reti letak balik sejadah dan telekung
Dengar bunyi kelakar kan.. tapi benda ni realiti. Everywhere i go.. aku akan jumpa. Tak yah jauh.. kat stesen minyak tempat aku kerja tu pun dah jumpa. awak guna sejadah-telekung tu, lepas guna, letak ler balik elok2. Ini tak.. kalau ampai tu ada 5 baris, dia longgok je atas ampai tu. Campur sejadah dengan telekung. Sejadah tu kan tempat kita buat alas.. kadang ada tinggal je kat tempat dia solat tu, gulung ngan sejadah pastu tinggal. Kat rumah awak buat macam tu ke. Tak sangka.. serabai dan selekeh awak2 ni. Letak lah elok2.. kemas2.. memang lah orang lain akan guna lepas awak guna.. tapi tunjukkan imej islam awak tu.. ada jugak yg telekung elok rapi dia susun tapi sejadah biar terbentang. Babe, guna akal lah. Sidai je lah. Ntah nanti ada cicak ke apa ke taik dia terjatuh. Kita bukan tahu.

6. Guna sejadah buat alas baby
Yg ni melampau. Awak tahu awak ada anak kecik, letak lah high expectation. Setahu aku lah.. ibu2 ni memang dah ready barang baby. Yg aku tak tahan, dia boleh guna sejadah buat alas tukar pampers baby dia. Ye.. bukan najis kalau mummayiz. Tapi kalau dah gedabak anak kau umur dah 1-2 tahun tu tak kira najis? Especially kalau diorang berak. Tu kan najis. Ada lah satu hari tu kat stesen, aku tak sedar pun. Akak ni g basuh berak anak dia beralaskan sejadah. Ada customer perasan. Customer tu yg sound dia. Kuikuikui. Dia cakap, "takde otak. Kan orang buat solat." Dengan aku sekali dengar dia bebel. Nak nak tu terkena pulak taik anak dia sikit. Dia just basuh sikit guna air. Pastu tinggal atas tembok amik wudhu. Ilek je customer tu sound akak tu. Dengan aku terdiam.

7. Allah no 1, telefon no 2
Sesetengah orang ni.. dah tau ada call, pergi lah duk angkat call kat luar. Dalam surau-masjid tu hold dulu lah.. kan dalam tu senyap.. orang cuba untuk khusyuk.. kalau awak angkat call, dengar satu tempat solat tu tau. Ish ish..

Sekian.. mohon ampun dan maaf jika terasa..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda di sini :)